|
PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT SEMASA MEMANDU
Thursday, October 31, 2013 | 4:30 PM | 0 candie blossom
Semenjak akhir-akhir ini, isu pengguna menggunakan telefon bimbit semasa memandu semakin hangat diperkatakan oleh masyarakat di negara ini. Perkara ini perlu diambil berat kerana sikap pengguna ini boleh melibatkan nyawa orang ramai .Sudah menjadi kebiasaan masyarakat menggunakan telefon bimbit semasa memandu kereta mahupun motorsikal dan sebagainya . Sebagai contoh , kita sering melihat penunggang motosikal berbual menggunakan telefon bimbit dengan cara menyelitkan telefon di dalam topi keledar, tanpa rasa bersalah berbual dalam nada suara yang tinggi hingga boleh didengar oleh pengguna jalan raya lain. Contoh lain adalah telefon bimbit pengguna sentiasa ada di sisi, dicelah tempat duduk, di poket baju dan seluar. Tanpa menggunakan ‘hand free’ ketika berbual ada juga yang membalas SMS atau membaca SMS. Hal ini boleh berhadapan dengan risiko kemalangan dan menyebabkan ramai nyawa yang terkorban kerana sikap pengguna yang leka. Selain itu , penggunaan telefon bimbit semasa memandu merupakan penyalahgunaan teknologi . Dengan kemalangan jalan raya dan yang melibatkan kematian mencatatkan jumlah yang tinggi di negara ini, dan hakikat bahawa keselamatan jalan raya masih di pandang ringan di kalangan pemandu di Malaysia, masalah penggunaan telefon semasa memandu hanya menambah burukkan lagi statistik kemalangan. Labels: e-Interaksi & Kerjasama |